Monday, 31 December 2012

Kalau ada jodoh tidak ke mana


Kalau ada jodoh tidak ke mana kan? jodoh itu rahsia Allah,tidak perlu kita bersusah-payah nak sbuk2 cri gf/bf atas alasan untuk cari jodoh. Bercinta setengah mati pun klu tidak ada jodoh tia akan ke mana jg bgtu juga sejauh mn pun kita berpisah klu sudah di takdirkan dia pemilik tulang rusuk tetap akan bersama jg.

Kehadiran cinta boleh memberi pelbagai rasa kepada mereka yang mengalaminya. Gembira, sedih, merasa saling memerlukan, terasa sangat disayangi, terasa dilindungi, dan pelbagai perasaan yang pasti memberi seribu satu kenangan.

Mencintai dan dicintai itu adalah sesuatu yang lumrah. Jatuh cinta juga adalah suatu nikmat yang Allah berikan kepada setiap manusia .Suatu perasaan yang suci dan perlu dipelihara dengan sebaik-baiknya.Bukan untuk dicemari dengan maksiat tetapi untuk dipelihara dan berserah kepada Allah.Andai ditakdirkan bersama maka bersamalah mereka.kun fayakun ^_^.
Redha dan berserah itulah jawapannya...

No comments:

Post a Comment