Friday 14 June 2013

Alhamdulillah..nikmatnya ketenangan

baru-baru nie dapat berita yang sangat mengejutkan jannah...ambil masa 4 hari juga nak ok balik..rsa marah,sakit hati,geram,di tipu dan rasa dikhianati oleh kawan-kawan...haaa...time nie tak tahu da cam na nak handle semua ney...sriously, time tue jannah rsa klu bole tidk mahu da jumpa dorang..semua yang jannah buat serba tak kena jadinya.
first tue matikan phone,klu bole tidk mahu da bcontact ngn makhluk2 Allah tue...mmg btul lah..bila kita bdendam,marah kat seseorang tue rsa hidup tak tenang ja...patutlah Dr.fadhilah kamsah selalu pesan sebelum tidur set mnda n maafkan semua org...Now bru jannah tahu nikmat nya memaafkan org...bila kita maafkan org bukan bermaksud kita baik hati atau sng d pijak-pijak kpla...barulah jannah taw bila kita maaf kn org dlm msa yang sma kita bg pluang kat dri kita untuk move on...ya lah...langit tidk sllu nya cerah n tidk jg sllunya hujan kan..semua yang berlaku ada hikmah nya....mgkn apa yang berlaku kat kita sekarang kita rsa sangt menyedihkan  @ rsa ujian yang sgt berat..refresh minda tue...bersangka baiklh terhadap Allah...sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kita tidk ketahui...mgkin y kita sgka buruk itu sbnr nya yang terbaik untuk kita , bgtu jga sblik nya....


Monday 31 December 2012

Wahai Wanita

Wahai Wanita,
Andai hari ini kau jatuh cinta 
Maka cintailah dia dengan sederhana
Jangan sesekali kau lupa cinta yang abadi hanya pada yang Maha Esa
Kerna cinta pada manusia hanya sementara

Wahai Wanita
Andai hari ini kau tersungkur daripada pujuk rayu syaitan
Maka mohon ampunlah daripada Allah
Jangan sesekali kau berpaling daripadaNya
Kerna sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka luas untukmu

Wahai Wanita
Andai hari ini semua orang membenci mu
Maka sentiasalah engkau mendekatkan diri kepada Allah
Jangan sesekali kau marah dengan ketentuanNya
Kerna sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang

Wahai Wanita
Andai hari ini kau kehilangan segalanya
Maka mohonlah kepadaNya
Jangan sesekali kau mengemis kepada manusia
Kerna Allah lah sebaik-baik tempat meminta



Kalau ada jodoh tidak ke mana


Kalau ada jodoh tidak ke mana kan? jodoh itu rahsia Allah,tidak perlu kita bersusah-payah nak sbuk2 cri gf/bf atas alasan untuk cari jodoh. Bercinta setengah mati pun klu tidak ada jodoh tia akan ke mana jg bgtu juga sejauh mn pun kita berpisah klu sudah di takdirkan dia pemilik tulang rusuk tetap akan bersama jg.

Kehadiran cinta boleh memberi pelbagai rasa kepada mereka yang mengalaminya. Gembira, sedih, merasa saling memerlukan, terasa sangat disayangi, terasa dilindungi, dan pelbagai perasaan yang pasti memberi seribu satu kenangan.