Monday, 31 December 2012

Wahai Wanita

Wahai Wanita,
Andai hari ini kau jatuh cinta 
Maka cintailah dia dengan sederhana
Jangan sesekali kau lupa cinta yang abadi hanya pada yang Maha Esa
Kerna cinta pada manusia hanya sementara

Wahai Wanita
Andai hari ini kau tersungkur daripada pujuk rayu syaitan
Maka mohon ampunlah daripada Allah
Jangan sesekali kau berpaling daripadaNya
Kerna sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka luas untukmu

Wahai Wanita
Andai hari ini semua orang membenci mu
Maka sentiasalah engkau mendekatkan diri kepada Allah
Jangan sesekali kau marah dengan ketentuanNya
Kerna sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang

Wahai Wanita
Andai hari ini kau kehilangan segalanya
Maka mohonlah kepadaNya
Jangan sesekali kau mengemis kepada manusia
Kerna Allah lah sebaik-baik tempat meminta



Kalau ada jodoh tidak ke mana


Kalau ada jodoh tidak ke mana kan? jodoh itu rahsia Allah,tidak perlu kita bersusah-payah nak sbuk2 cri gf/bf atas alasan untuk cari jodoh. Bercinta setengah mati pun klu tidak ada jodoh tia akan ke mana jg bgtu juga sejauh mn pun kita berpisah klu sudah di takdirkan dia pemilik tulang rusuk tetap akan bersama jg.

Kehadiran cinta boleh memberi pelbagai rasa kepada mereka yang mengalaminya. Gembira, sedih, merasa saling memerlukan, terasa sangat disayangi, terasa dilindungi, dan pelbagai perasaan yang pasti memberi seribu satu kenangan.